Prinsip Asas Seismos

Admin
0

Kaedah seismos dalam penjelajahan geofizik menggunakan fakta bahawa gelombang kenyal bergerak dengan halaju yang berbeza di dalam batuan yang berlainan. 


Prinsip asas dalam kaedah seismos ialah menghasilkan gelombang kenyal pada satu tiitk dan menentukan masa tiba gelombang tersebut di beberapa titik lain selepas dibias atau dipantul oleh ketakselanjaran di antara formasi batuan.


Sumber seismos yang dihasilkan di permukaan bumi akan menghasilkan empat jenis gelombang seismos iaitu gelombang mampatan (gelombang P), ricih (gelombang S), Rayleigh (ground roll) dan Love.

Gelombang Kenyal

Jika sesuatu tegasan dikenakan secara tiba-tiba kepada jasad kenyal (misalnya jasad diketuk dengan penukul) atau tegasan dibebaskan serta merta (misalnya pembentukan retakan), maka pergerakan yang berlaku menghala keluar sebagai gelombang kenyal. 

Terdapat dua gelombang kenyal yang utama iaitu:

    Gelombang Jasad

      Gelombang jasad terdiri daripada gelombang membujur dan gelombang melintang. Gelombang membujur ini dikenali juga sebagai gelombang P.

      Manakala bagi gelombang melintang pula, ia turut dikenali sebagai gelombang ricih atau gelombang S.

      Gelombang permukaan

      Gelombang permukaan terdiri daripada gelombang Rayleigh dan gelombang Love.


      gelombang seismos



        Post a Comment

        0Comments
        Post a Comment (0)