Aplikasi Survei Keberintangan Elektrik

Admin
0
Survei Keberintangan Elektrik



Kaedah geofizik seperti Survei Keberintangan Elektrik sangat popular dalam kalangan penyelidik mahupun pemain industri. Kaedah ini dikatakan serba boleh "versatile" dan praktikal dilapangan.

Oleh itu, kajian demi kajian dijalankan membolehkan kaedah ini digunakan dalam pelbagai bidang dan lapangan.

Umumnya, kaedah keberintangan ini paling banyak digunakan dalam penjelajahan air  tanah (eksplorasi air tanah). Hal ini kerana, salah satu cara arus elektrik mengalir dalam bahan bumi ialah melalui pergerakan ion-ion dalam air tanah.

Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang tertua dalam dunia geofizik. Kajian-kajian saintifik yang dijalankan membolehkan kaedah survei keberintangan elektrik ini digunakan secara meluas dalam bidang geofizik kejuruteraan dan persekitaran.

Aplikasi-aplikasi Survei Keberintangan Elektrik


Antara aplikasi survei keberintangan elektrik ialah:


  • Eksplorasi air tanah
  • Pemetaan ciri-ciri geologi (Cth: sesar, rekahan, ketidakselanjaran)
  • Pemprofilan batuan dasar dan lapisan beban atas.
  • Pemetaan ciri-ciri batu kapur atau morfologi batu kapur (Cth: lubang benam, rongga)
  • Kajian tanah mendap
  • Analisis kestabilan cerun
  • Kajian di tapak pembuangan sisa pepejal (kebocoran larut lesap (leachate))
  • Menentukan kedudukan struktur yang tertanam
  • Pemprofilan lapisan gambut (peat)
  • Pemprofilan lapisan lempung dan pasir
  • Eksplorasi geothermal
  • Kajian tanah runtuh
  • Pemetaan peninggalan arkeologi


Penggunaan kaedah ini juga terus mendapat tempat dalam kalangan pengkaji.

Oleh itu, dengan adanya teknologi yang canggih dan kajian berterusan, kaedah geofizik ini mampu membantu dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh industri dan juga masyarakat.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)