Kenali Batuan Igneus dan Jenis-Jenisnya

Admin
0
Batuan igneus adalah salah satu daripada 3 kumpulan utama batuan yang turut terdiri daripada  batuan sedimen dan metamorf. Batuan igneus ialah batuan yang terbentuk daripada penyejukan dan pemejalan bahan bumi yang cair.

Batuan igneus boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu intrusif atau ekstrusif.

Batuan Igneus Intrusif

Batuan igneus intrusif atau plutonik terbentuk di bawah permukaan Bumi. Batuan dari jenis ini mengalami penyejukan yang sangat perlahan (boleh mencapai ribuan atau jutaan tahun).

Penyejukan yang perlahan membolehkan butiran-butiran mineral ini mempunyai masa untuk membesar dan mineral ini membesar pada saiz yang agak besar (boleh dilihat dengan mata kasar).

Batuan igneus intrusif mempunyai tekstur yang berbutir kasar.

Beberapa contoh batuan igneus intrusif ialah granit, diorit, pigmatit, gabro dan peridotit.

Batuan Igneus Ekstrusif

Batuan Igneus Ekstrusif atau volkanik pula adalah batuan yang terhasil daripada magma yang meletus keluar dan menyejuk di permukaan Bumi.

Magma (atau dipanggil lava) ini akan menyejuk dan memejal dengan pantas kerana terdedah kepada suhu atmosfera yang lebih rendah.

Penyejukan pantas menyebabkan butiran-butiran mineral tidak mempunyai masa untuk membesar. Oleh itu, batuan dari jenis ini mempunyai tekstur berbutir halus atau berkaca.

Terdapat juga batuan yang mempunyai tekstur bergelembung atau vesikel yang terbentuk akibat gelembung-gelembung gas panas yang terperangkap semasa proses penyejukan berlaku.

Beberapa contoh batuan igneus ekxtrusif ialah andesit, basalt, obsidian, pumice, riolit dan tuf.


Beberapa Contoh Imej Batuan Igenus

granit
Granit



gabro
Gabro



andesit
Andesit



basalt
Basalt



obsidian
Obsidian



pumice
Pumice



vesikel basalt
Vesikel Basalt





Kredit Imej: James St. John via Flickr.com


Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)