Kenali Batuan Sedimen dan Jenis-jenisnya

Admin
0
Batuan sedimen atau batuan enapan adalah batuan yang terbentuk hasil daripada pengumpulan atau pembatuan sedimen yang terendap di permukaan Bumi. 

Batuan sedimen boleh terdiri daripada batuan yang sedia ada atau organisma yang pernah hidup.

Batuan sedimen selalunya kelihatan berlapis-lapis.

Batuan sedimen boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu Batuan Sedimen Klastik dan Batuan Sedimen Organik atau Kimia.

Batuan Sedimen Klastik adalah batuan enapan yang mengandungi serpihan-serpihan batuan asal yang telah diangkut dan dimendapkan di sesuatu lembangan atau tempat.

Contoh batuan sedimen klastik ialah breksia, batu pasir, konglomerat, syal dan batu lodak.

Batuan Sedimen Organik atau Kimia pula terbentuk daripada pengumpulan serpihan tumbuhan dan haiwan atau daripada mendakan larutan.

Contoh batuan sedimen organik atau kimia ialah batu arang, batu kapur, dolomit, rijang dan batu garam.

batu pasir
Batu Pasir


konglomerat
Konglomerat


syal
Syal



rijang
Rijang



dolomit
Dolomit



Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)