Gunung Semeru Meletus Lagi 2022

Admin
0

Gunung Semeru Meletus Lagi Mengeluarkan Asap Panas yang Menyebabkan Lebih 2,000 Orang Penduduk Dipindahkan


gunung semeru meletus
Status Gunung Semeru berada pada tahap 'Awas' atau tahap IV- BNPB


JAKARTA- Gunung Semeru sekali lagi meletus pada 4 Disember 2022 dengan menghamburkan awan abu volkanik setinggi lebih 1,000 meter ke langit serta memuntahkan lahar ke bahagian bawah.

Status Gunung Semeru yang sebelum ini diletakkan pada tahap 'Siaga' dinaikkan menjadi 'Awas'  atau dari tahap III kepada tahap IV. 

Mengutip daripada berita BBC Indonesia, awan panas atau abu volkanik tersebut berlangsung sehingga pukul 6.00 WIB (waktu Indonesia Barat) dengan jarak letusan mencapai 7 kilometer dari puncak ke arah Besuk Kobokan.

Abu volkanik ini dikatakan sedang mengarah ke arah selatan, ke Rowo Baung.

Kali terakhir Gunung Semeru meletus adalah pada 4 Disember 2021.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)