Punca-punca Mendapan Tanah

Admin
0
Sebelum ini kita telah membincangkan apa itu mendapan tanah dan jenis – jenis mendapan tanah.

Kebiasaannya, mendapan berlaku terhadap tanah yang menyokong struktur bangunan atau rumah tersebut.

mendapan tanah



Punca mendapan tanah ini boleh disebabkan beberapa factor iaitu:

1. Perubahan Kandungan Air dalam Tanah

Keupayaan tanah untuk menyokong beban tapak sesebuah bangunan mungkin akan berkurangan akibat daripada perubahan kandungan air atau lembapan dalam tanah tersebut.

Sekiranya tanah tersebut lembap atau mempunyai air, lempung (clays) atau lodak (silts) boleh menjadi lembut atau kembang.

Namun, sekiranya lapisan tanah tersebut kering, lempung dan lodak ini kemungkinan mengecut.

Selain itu, isu yang biasa berlaku yang turut melibatkan kandungan air dalam tanah ialah pengepaman air bawah tanah secara berlebihan.

Tindakan ini akan menyebabkan muka air bawah tanah (water table) akan turun secara mendadak. Keadaan ini akan bertambah buruk sekiranya berlakunya musim kemarau.

Mendapan tanah boleh berlaku disebabkan tiada tekanan hidrostatik yang menyokong tanah akibat perubahan paras air dalam tanah.

2. Pemampatan Tanah yang Tidak Baik

Masalah ini biasanya berlaku ketika proses pembinaan. Tanah yang ditambak kebiasaanya diambil diluar kawasan tapak pembinaan.

Tanah tambakan yang tidak dimampat dengan baik akan menyebabkan mendapan apabila bangunan telah siap akibat bebanan bangunan tersebut.

3. Akar Pokok atau Tanaman

Sistem akar bagi pokok yang matang turut boleh menyumbang kepada pemendapan. Akar pokok yang matang dan tumbuhan ini akan mengurangkan kelembapan tanah dibawah struktur bangunan.

Prinsip asasnya ialah diameter akar - akar pokok adalah sama besar dengan kanopinya (dahan-dahan).

4. Tanah Bergalas Lemah

Tanah jenis ini ialah tanah yang tidak mampu untuk menyokong berat atau tekanan galas yang dikenakan oleh asas bangunan.

Hal ini boleh berlaku sekiranya asas (tapak) binaan direka berdasarkan panduan umum berbanding maklumat khusus bagi tanah di tapak binaan.

5. Gegaran Tanah

Gegaran tanah berlebihan yang dihasilkan oleh mesin buatan manusia atau gempa bumi turut boleh menyumbang kepada mendapan tanah.


Punca - punca ini boleh dijadikan rujukan sekiranya terdapatnya tanda - tanda mendapan berlaku atau sebagai rujukan sebagai langkah pencegahan.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)