Kenali Batuan Metamorf dan Jenis-jenisnya

Admin
0
Batuan metamorf ialah batuan yang telah terubah akibat daripada proses pemanasan (haba) tinggi, tekanan tinggi dan proses kimia. Proses ini biasanya berlaku di bawah permukaan Bumi. 

Akibat terdedah kepada keadaan yang ekstrem ini, tekstur, mineralogi dan komposisi kimia batuan jenis ini terubah.

Terdapat 2 kumpulan asas batuan metamorf ini iaitu batuan metamorf berfoliasi dan batuan metamorf tak-berfoliasi.

batuan metamorf

Batuan Metamorf Berfoliasi

Batuan jenis ini mempunyai foliasi atau lapisan-lapisan yang jelas kelihatan pada batu-batu jenis ini. Ini adalah akibat daripada terdedah kepada haba (suhu) dan tekanan.

Contoh batuan jenis ini ialah sabak, filit, syis dan gneis.

Batuan Metamorf Tak-berfoliasi

Batuan jenis ini tidak mempunyai foliasi atau struktur berkeping. Terdapat beberapa cara batuan metamorf tak-berfoliasi ini terbentuk. Sebagai contoh, batu kapur tidak mempunyai mineral berkeping atau memanjang.

Maka, walaupun mengalami tekanan yang tinggi, butirannya tetap tidak akan menjajar.

Salah satu keadaan lagi, batuan asal di'masak' akibat terjahan batuan igneus yang panas. Proses ini dipanggil metamorfisme sentuhan. Akibat suhu yang tinggi ini, mineral dalam batuan asal ini terubah.

Contoh batuan jenis ini ialah  hornfel, marmar, kuarzit dan skarn.


Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)